Tuesday 12 September 2017

Adakah normal untuk mengalami masalah keletihan badan, walaupun setelah habis berpantang? Ya, ia adalah masalah biasa lagi-lagi ibu tidak mendapat cukup rehat ketika berpantang. Keletihan badan selepas kelahiran boleh berlanjutan berbulan lamanya malah bertahun. Perkara ini berpunca daripada pertarungan fizikal yang hebat ketika proses kelahiran yang normal. Jikalau para ibu melahirkan secara c-section, tubuh badan perlu pulih daripada pembedahan abdomen yang major. Dalam pada yang sama, para ibu perlu memberi perhatian kepada bayi yang baru dilahirkan sepanjang masa. Oleh itu, waktu tidur terganggu dan berkurangan. Berapa lama anda berasa keletihan juga bergantung kepada : 1. Selama mana anak anda tidur dengan nyenyak. 2. Bagaimana anda boleh ikut waktu tidur anak. 3. Banyaknya sokongan yang ada di rumah untuk membantu dalam penjagaan bayi yang baru lahir. 4. Bebanan kerja rumah atau kerja di pejabat yang dibawa balik ke rumah. APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MENGURUSKAN KELESUAN SELEPAS KELAHIRAN ? Perhatian utama para ibu adalah jimat tenaga bekerja (di rumah atau di pejabat), bayin dan anak-anak yang lain. Ini bermakna, turunkan sedikit (atau banyak) tahap kesempurnaan para ibu dalam menyempurnakan tugasan rumah, seperti mengemas. Dengan cara begini, para ibu boleh menjimat tenaga untum sebahagian tugas supaya dapat menumpukan tenaga kepada tanggungjawab penting yang lain pula iaitu semestinya anak-anak. Di bawah adalah antara strategi untuk menguruskan kelesuan : 1. Dapatkan rehat secukupnya jika ada peluang. Cuna untuk dapatkan tidur awal setuap malam selepas menguruskan bayi dan anak-anak lain. Atau bergilir-gilir menjaga bayi dengan pasangan. Pasangan mungkin boleh mengambil tugas menjaga bayi pada awal waktu malam. Dengan ini para ibu boleh masuk tidur awal untuk mendapat rehat yang berkualiti selepas seharian bekerja atau berpenat menjaga bayi. 2. Tidur sebentar semasa bayi tidur siang. Atau sekurang-kurangnya tinggikan kaki dan pejamkan mata. Jika ibu menyusukan bayi dengan susu badan, baringlah dengan mengiring supaya dapat merehatkan badan. 3. Minta bantuan ahli keluarga, rakan-rakan atau jiran tetangga untuk melakukan kerj-kerja rumah seperti memasak, menjaga anak-anak lain, atau menjaga bayi ketika anda berehat atau tidur. And boleh memanggil bidan yang memberi khidmat stay-in untuk menjaga bayi. 4. Para ibu tidak perlu ragu-ragu untuk menolak lawatan para tetamu kerana ingin berehat. Atau biar sahaja ahli keluarga melayan para tetamu sementara ibu mendapatkan rehat yang secukupnya tanpa gangguan. Ambil peluang untuk rehat dalam apa situasi pun, walaupun menerima kunjungan tetamu atau terpkasa menolak kunjungan mereka. Pastikan bayi tidak dibawa berjumpa tetamu kerana faktor penjagaan kesihatan. 5. Usah tinggalkan waktu makan fan pastikan makan makanan yang berkhasiat. Makanan yang seimbang dan berkhasiat memberit tenaga yang berterusan. Ambil banyak sumber makanan yang tinggi karbohidrat dan protin. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusu. Jangan bergantung kepada air berkaffein tinggi, makanan segera dan makanan manis untuk dapatkan tenaga segera. 6. Minum banyak air dan kerap. Adalah menjadi satu larangan dalam komuniti orang Melayu untuk minum banyak air semasa berpantang. Sebenarnya air sangat penting untik menggantikan air yang hilang selepas proses kelahiran, menyusu dan aktiviti yang berpanas seperti bertungku dan bertangas. 7. Lakukan senaman semasa atau selepas berpantang. Semasa berpantang, para ibu perlu bergerak tetapi dengan pergerakan yang terbatas. Ini penting supaya pengaliran darah dalam tubuh badan berjalan dengan lancar untuk membaiki sel-sel yang rosak selepas kelahiran. Selepas berpantang, bawa bayi berjalan-jalan mengambil udara pagi atau petang. Udara segar di luar rumah dan aktiviti fizikal ini memberi manfaat untuk kualiti tidur yang lebih baik pada waktu malam. Mulakan dengan jarak berjalan yang pendek dahulu. Apabila ibu sudah semakin pulih dan cergas, tambah jarak berjalan dan aktiviti senaman dengan perlahan-lahan. 8. Ambil makanan tambahan iaitu vitamin lebih-lebih lagi jika para ibu menyusu. Ini adalah penting supaya para ibu dan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi untuk proses pemulihan tubuh badan selepas kelahiran dan perkembangan bayi yang sihat. IBU PERLU RUJUK PAKAR KESIHATAN BILAMANA... Ibu hilang minat dalam melakukan perkara yang menarik minatnya sebelum itu --- berkemungkinan anda mengalami kemurungan selepas bersalin. Mengabaikan tanda-tanda kemurungan selepas bersalin boleh membuatkan penyakit tersebut lebih teruk malah membahayakan nyawa bayi dan ibu tersebut. Anemia disebabkan kehilangan banyak darah ketika kelahiran juga boleh membawa kepada kelesuan. BERPANTANG DENGAN SET SHAKLEE

Monday 11 September 2017

Kentut faraj adalah pengeluaran udara yang terperangkap dalam kemaluan wanita. Ia sama seperti kentut dubur, tetapi kentut faraj tidak berbau. Ia mungkin terjadi semasa atau selepas hubungan keintiman, regangan badan atau bersenam. Wanita hamil dan putus haid dilaporkan mengalami kentut faraj yang lebih kerap. Selepas melahirkan anak, otot lantai pelvis menjadi lemah yang boleh menyebabkan terjadinya kentut faraj. Otot lantai pelvis yang lemah boleh menyebabkan tombong atau terkeluarnya sebahagian dalam faraj. CARA MENGHENTIKAN ATAU MENGELAK KENTUT FARAJ. Sebahagian pakar menyusulkan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis. Cara membuat senaman kegel adalah dengan mengemut otot-otot yang terlibat dalam menghentikan pengeluaran air kencing. Kemut selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulang kitaran senaman ini sebanyak 3 set. Lakukan 3 kali sehari. MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS DENGAN ALFALFA Alfalfa terbukti berkesan seperti kacip fatimah. Ia berfungsi sebagai perapat organ intim wanita. Mengandungi estrogen tumbuhan yang dikenali sebagai isoflavin. Pengambilan alfalfa boleh meningkatkan hormon kewanitaan iaitu estrogen.

Sunday 10 September 2017

Sembelit ialah masalah biasa dalam proses kehamilan. Setengah daripada wanita hamil akan mengalami masalah sembelit. Salah satu sebab mengapa sembelit terjadi adalah disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron. Hormon progesteron berfungsi untuk mengendurkan otot-otot licin, termasuklah otot percernaan. Apabila hormon progesteron meningkat, ini menyebabkan proses makanan yang melalui saluran pencernaan lebih lambat. Masalah sembelit yang disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron ini ditambah lagi dengan pertambahan tekanan oleh rahim yang membesar. Pengambilan zat besi yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah sembelit lebih teruk. APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN MASALAH SEMBELIT KETIKA KEHAMILAN? Antara cara untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah sembelit adalah seperti berikut : 1. Makan makanan yang berserat tinggi, termasuklah biji-bijiam dan roti, beras perang, kacang, dan buah-buahan segar. Ia mungkin memerlukan beberapa hari sebelum mendapat kesannya. 2. Minum banyak air dan kerap dalam sehari. Minum 2L air kosong sehari. Atau, minum air kosong kerap sepanjang hari dan lihat perubahan warna air kencing dari kekuningan ke warna jernih. Warna air kencing adalah tanda air dalam badan cukup. 3. Minum jus buah-buahan setiap hari sangat membantu. 4. Sesetengah ibu hamil mendapati minum air suam sejurus selepas bangun tidur pada waktu pagi membantu melancarkan sistem pembuangan. 5. Bersenam dengan kerap. Aktiviti seperti berjalan laju dan berenang dapat mengurangkan masalah sembelit. Aktiviti bersukan juga membuatkan ibu hamil lebih rasa sihat dan cergas. 6. Hormati badan anda. Sistem pencernaan kebiasaannya menjadi lebih aktif selepas anda makan. Oleh itu,usah bertangguh untik ke tandas pada saat badan memerlukannya. 7. Tukar kepada makanan tambahan. Jika makanan tambahan anda yang dicadangkan ketika kehamilan mengandungi dos zat besi yang tinggi, ditambah pula anda tidak mengalami anemia, sila rujuk pakar kesihatan anda untuk menukarkan makanan tambahan anda kepada yang kirang dos zat besinya. 8. Alternatif yang terakhir adalah berbincang dengan pakar kesihatan anda tentang pengambilan makanan tambahan yang tinggi serat ataupun ubat pelawas yang boleh dibeli farmasi. ADAKAH MASALAH SEMBELIT SEWAKTU KEHAMILAN BOLEH MENJADI BURUK? Kebiasaannya tidak. Walaubagaimanapun, apabila meneran terlalu kuat semasa membuang air besar yang keras boleh menyebabkan buasir atau memburukkan masalh buasir yang sedia ada. Buasir adalah satu keadaan yang sangat tidak selesa, walaupun tidak membawa kepada kesa yang serius. Selalunya buasir akan berkurangan selepas melahirka bayi. Namun, jika ia berlarutan disertai kesakitan atau menghadapi masalah pendarahan di lubang dubur, sila rujuk kepada doktor untuk rawatan lebih lanjut.

Friday 8 September 2017

Hb low adalah dipanggil sebagai anaemia. Semasa kehamilan, anda mungkin mengalami anaemia. Apabila anda mengalami anaemia, darah yang kekurangan sel daeah merah tidak boleh membawa oksigen serta nutrisi lain ke tisu badan dan bayi kandungan anda. Semasa kehamilan, tubuh badan menghasilkan lebih darah untuk membantu perkembangan bayi anda. Jika ibu hamil tidak mendapat cukup zat besi atau nutrisi lain, tubuh badan ibu mungkin tidak dapat menghasilkan sel sarah merah yang secukupnya sewaktu kehamilan. Ia adalah kebiasaan untuk mengalami anaemia yang 'mild' semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, anda mungkin mengalami anaemia yang teruk jika tidak mendapat bekalan zat besi dan vitamin atau atas faktor-faktor lain yang tertentu. Anemia akan menyebabkan ibu hamil mengalami keletihan dan lemah -lemah badan. Jika anaemia yang dialami sangat teruk akan menyebabkan risiko kepada komplikasi serius kepada kandungan seperti kelahiran tidak cukup bulan. ANAEMIA DAN KEHAMILAN Semua wanita mengandung adalah berisiko jntuk mendapst anemia ketika kehamilan. Ini adalah kerana mereka memerlukan lebih zat besi dan asid folik lebih dsri kebiasaa. Tetapi risiko adalah lebih tinggi apabila : Mengandung kembar. Jarak kehamilan sebelumnya dekat. Muntah banyak disebabkan alahan mengandung (morning sickness). Kehamilan pada umur remaja. Tidak mengambil makaman yang tinggi zat besi. Mengalami anaemia sebelum kehamilan. TANDA-TANDA ANAEMIA Kulit, bibir dan kuku kelihatan pucat. Keletihan dan lemah badan. Pening kepala. Sesak nafas. Jantung berdegup laju. Kuranf tumpuan. Pada awal anaemia, ibu hamil mjngkin tidak mengalami tanda-tanda seperti ysng dinyatakan. Kemungkinan juga tanda-tanda yang dialami adalah kebiasaan yang dialami oleh wanita hamil walaupun ibu hami tersebut tidak mengalami anaemia. Jadi pastikan pergi ke temujanji untuk membuat rutin pemeriksaan darah ketika hamil. RISIKO ANAEMIA TERHADAP KANDUNGAN Anamia disebabkan oleh kekurangan zat besi yang teruk atau tidak dirawat memberi risiko kepada : 1. Kelahiran pramatang atau kelahiran bayinyang tidak cukup berat. 2. Memerlukan rawatan susulan iaitu blood transfusion (jika kehilangan banyak darah ketika proses kelahiran). 3. Depressi selepas kelahiran. 4. Bayi yang juga anaemia. 5. Bayi yang mempunyai perkembangan lewat dari umur kanak-kanak yabg sebaya dengannya. Anaemia disebabkan oleh kekurangan asod folik berisiko kepada : Kelahiran oramatang atau kekurangan berat bayi. Bayi yang mempunyai masalah saraf seperti neutral tube defect. Anaemia disebabkan oleh kekurangan vitamin b12 juga boleh menyebabkan bayi lahir dengan masalah saraf. APAKAH MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK IBU HAMIL? Ambil sekurang-kurangnya 3 kali hidangan yang kaya dengan zay besi seperti : Daving merah Ayam Ikan Sayuran hijau Bijian yang kaya dengan zat besi. Makanan yangnkaya dengan vitamin c akan membantu tubuh badan menyerap zat besi dengan effektif. Makan yang kaya dengan vitamin c termasuklah buah-buahan sitrus seperti : Strawberi Oren Kiwi Tomato Cuba untuk ambil makanan yang kaya dengan zat besi dan vitamic c pada masa yang sama. Sebagai contoh, minum jus oren dan makan bijian yang kaya zat besi sebagai sarapan. Makanam yang kaya dengan asid folat adalah seperti sayuran hijau Buahan sitrus Bijian yang kaya dengan asid folik.
Mengalami kaki kejang semasa mengandung? Sakit dan tiba-tiba kekejangan, selalunya terjadi dalam trimester kedua dan ketiga. What causes leg cramps during pregnancy? Tiada sebab khusus mengapa terjadi. Ada teori mengayakan bahawa ia berkaitan dengan : 1. Tekanan yang diberikan oleh rahim kepada urat. 2. Keletihan. 3. Tekanan yang diberikan oleh bayi pada saluran darah yang menyebabkan kurangnya peredaran darah kepada kaki. Disebabkan faktor-faktor ini,anda mungkin terjaga dari tidur dan mengalami kekejangan kaki yang tiba-tiba, lagi-lagi pada bahagian betis. Ini selalu terjadi pada waktu malam. Serangan ini adalah tidak menyeronokkan. CARA MELEGAKAN KAKI KEJANG KETIKA KEHAMILAN. Antara tipsnyang boleh diamalkan adalah berdiri dengan kaki tanpa sebarang alas atas permukaan keras lantai dan berjengket. Ini meregangkan otot betis dan melegakan kekejangan kaki dengan pantas. Atau, Jika anda tidak boleh berdiri dengan kaki yang sedang mengalami kekejangan, ada cara lain. Don't worry! Cuba luruskan kaki yang mengalami kekejangan dan tekan tapak kaki pada dinding seolah-olah berpijak pada dinding. Tekan. Jika tiada dinding, buat juga seperti itu dan tarik kaki ke arah kita. Jangan luruskan pergelangan kaki keranan kesakitan akan menjadi lebih teruk! Urut otot betis ke arah bawah kaki. Jika masih sakit, tuam betis dengan tuala panas atau 'heating pad' yang boleh dibeli di farmasi. Mengamalkan aktiviti senaman setiap hari juga membantu. BOLEHKAH KITA MENCEGAH KAKI KEJANG SEMASA KEHAMILAN? Untuk mengelak kaki kejang pada waktu malam, tarik tapak kaki ke arah tulang betis dan lepaskan perlahan-lahan setiap kali sebelum masuk tidur. Pakai sarung kaki khas untuk elak kaki kejung. Elakkan dari duduk atau berdiri terlalu lama tanpa rehat. BERAPAKAH JUMLAH KALSIUM YANG DIPERLUKAN WANITA HAMIL? Wanita hamil memerlukan lebih kurang 1200mg hingga 1400mg kalsiun sehari. Jika ditanya kepada doktor tentang kepentingan kalisum pada tubuh badan wanita hamil, doktor akan menyarankan unumtuk mengambil makanan tambhan kalsium. OSTEMATRIX SHAKLEE Ostematrix ini bukan sahaja dikayakan kalsium, malah juga dikayakan dengan magnesium dan vitamin D. Magnesium dan vitamin D membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang badan. MENGAPA CAHAYA MAYAHARI PAGI PENTING? Untuk dapatkan penyerapan vitamin D daripada cahaya matahari pagi. Ini mambantu penyerapan kalsium dari makanan harian kita. APA KELEBIHAN OSTEMATRIX SHAKLEE? Ostematrix shaklee tak mempunyai lemak tambahan. Bayangkan kita minum susu setiap hari dengan lemak yang ada dalam susu. Taknak bukan? PENGEDAR SHAKLEE YANG AKTIF. Saya sheeda. Saya pengedar Shaklee yang aktif. Pernah menjadi seorang pegawai perubatan kemudian berhenti untuk menjadi suri rumah yang bekerjaya di rumah. Ingin follow saya? Whatsapp saya di 0134004059. Atau tekan di link bawah : Www.wasap.com/60134004059.

Thursday 7 September 2017

APA YANG MENYEBABKAN MUKA BERJERAWAT KETIKA KEHAMILAN ?



Timbul jerawat di kulit wajah pada waktu kehamilan adalah perkara biasa.

Malah seorang daripada dua wanita berpotensi untuk mengalami masalah jerawat ketika kehamilan.

Ada sesetengah wanita hamil yang mengalami masalah jerawat ketika tidak mengandung akan pulih kulit wajahnya apabila hamil.

Menarik bukan?

Jerawat ketika kehamilan disebabkan meningkatnya hormon androgen.

Meningkatnya hormon androgen ini menyebabkan kelenjar peluh menjadi semakin membesar dan menyebabkan kulit wajah berminyak.

Minyak ini dipanggil sebagai sebum.

Ekstra sebum bercampur pula dengan sel kulit mati yang melapisi folikel-folikel rambut mengakibatkan tersumbatnya pori-pori di kulit wajah.

Keadaan ini mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk bakteria-bakteria membiak.

Kulit berjerawat ketika kehamilan boleh jadi sangat minimum, sederhana atau sangat teruk.

Adalah sangat sukar untuk menentukan siapa yang berpotensi untuk mengalami masalah jerawat ketika kehamilan.

PROMOSI PADA BULAN SEPTEMBER 2017!

SUSTAINED RELEASE VITA-C (180 biji sebotol tahan 6 bulan)

1. Antioksidan.

2. Teknologi pertama di dunia dengan pelepasan vitamin c secara berperingkat dalam masa 5jam untuk penyerapan yang maksimum dan kurangkan pembaziran.

3. Dilengkapi 120g bioflavonoid sitrus secara sinergi dengan vitamin c untuk meningkatkan keberkesanan.

Fungsi : Mencantikkan kulit – Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda merawat kulit kusam, mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, merawat jerawat dan menyekat pembentukkan jeragat.

 Membentuk Kolagen – Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Cara makan : 1 biji 2x sehari selepas makan. Tubuh kita hanya boleh serap 100 mg vitamin C dalam sesuatu masa.

 Jadi kalau makan vitamin yang 1,000 mg sekalipun, 100 mg je akan diserap. Yang lebih akan dibuang. 

Setiap biji vita-c shaklee diambil adalah seperti makan setengah biji limau setiap jam iaitu mengambil 500g vitamin c setiap jam.

Hebat bukan?

 Teknologi tinggi tetapi harga jauh murah dari pasaran dan sebotol tahan 6 bulan?

Mana nak dapat vitamin c supplement macam ni? 

Kesihatan kulit anda juga dikawal oleh tahap hormon kulit.

 Bila hormon anda tak stabil, tahap kolagen menurun, kulit jadi lemah dan tak kuat nak lawan sinar uv dan radikal bebas yang merosakkan sel kulit.

 Jadi mudah kena jeragat. Jeragat lama susah nak hilang walaupun guna macam- macam produk. 



ESP Shaklee

 1. Formula protein soya pertama sejak 1961.

 2. Tidak diubahsuai secata genetik (non-GMO).

 3. 9 asid amino. 9 asid amino yang terdapat dalam ESP Shaklee membantu untuk membina kulit, otot malah anggota badan lain dengan cantik.

 Perlu anda ingat, set kulit kita sangat senang rosak atau mati. Cukup dengan hanya terdedah dengan cahaya matahari.

 Tanpa proses penghasilan sel baru yang aktif, maka kulit akan menjadi semakin rosak dan membawa pada keadaan kering, jeragat, pecah, kedut, kusam dan sebagainya.

 Jadi ESP Shaklee berfungsi untuk merangsang penghasilan sel kulit baru, menganjal, mencerah, mengembalikan warna kulit, mengurangkan kedutan dan mempercepatkan penyembuhan luka. 

ESP Shaklee juga tinggi kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi.

 Cara makan : 1.5 sudu besar 2x sehari dicampurkan ke dalam minuman. 

Klik link di bawah untuk cara pemakanan ESP Shaklee :

https://m.youtube.com/watch?v=02FWZN_2_rk

 1. Tiada sebarang additive : Collagen Powder Shaklee adalah 100% tulen, natural dan selamat tanpa stimulasi , tiada bahan pengawet dan pewarna.

 2. Sangat mudah untuk larut dalam air, mudah di bawa dan mudah untuk dimakan.

 3. Molekul tinggi untuk penyerapan yang maksimum. Shaklee Collagen Powder mampumembantu meningkatkan kolagen secara semulajadi dan memperlahankan penghasilan kedutan.