Thursday, 17 August 2017

Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Dalam Pengawalan Gula

Asid Lemak Omega-3

Asid lemak omega-3 merupakan lemak tepu yang dipercayai mempunyai banyak kebaikan dalam kesihatan. Ia mendapat namanya dari struktur molekulnya. Ada tiga (3) jenis asid lemak omega-3 :
  1. Alpha-linolenic acid (LNA) ; yang dijumpai dalam sumber sayur-sayuran.
  2. Eicosapentaenoic acid (EPA) dan
  3. Docosahexaenoic acid (DHA) ; yang dijumpai dari sumber ikan dan hidupan laut yang lain.
Kajian telah menunjukkan dengan mengambil asid lemak omega-3 yang dijumpai dalam ikan laut dalam dan lemak ikan, berupaya untuk melindungi si pemgambil daripada serangan penyakit jantung koronari.

Sebagai contoh, ada kajian menunjukkan bahawa orang Eskimo di Greenland yang banyak mengambil pemakanan dari daging anjing laut dan daging ikan paus mempunyai tahap kolesterol dan triglyceride yang  rendah dalam darah. Mereka juga meppunyai kadar serangan penyakit jantung koronari yang rendah berbanding dengan penduduk di Denmark (yang kurang mengambil makanan dari sumber ikan).

Kajian lain mennunjukkan mereka yang makan ikan sekurang-kurangnya sekali seminggu mempunyai kadar kematian yang rendah akibat serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak memakan ikan langsung dalam seminggu.

Terdapat kebaikan lain daripada pemgambilan asid lemak omega-3 dari sudut kajian saintifik. Hal ini termasuklah :
  • Diet yang kaya dengan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance) dalam pesakit kencing manis.
  • Diet yang kaya dengan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan risiko serangan sakit jantung, strok, macular degerantion dan kanser-kanser yang tertentu.
  • Pengambil pemakanan dari sumber-sumber ikan mempunyai kadar tekanan jiwa yang rendah, dan makanan tambahan omega-3 apabila diambil bersama terapi perubatan yang lazim, dapat menolong dalam mengubati bipolar disorder (juga dikenali sebagai manic depression) dan schizophrenia.
  • Makanan tambahan omega-3 telah dibuktikan dapat membaiki gejala-gejala penyakit keradangan seperti asthma, rheumatoid arthritis, lupus, dan inflammatory bowel disease.
Pakar kesihatan bersetuju bahawa adalah bagus jika seseorang individu, sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai kencing manis, untuk mengambil lebih asid lemak omega-3 dalam diet harian. Sumber yang paling kaya asid lemak omega-3 adalah ikan ikan laut dalam seperti salmon, sardin, makarel dan herring. Asid lemak omega-3 juga boleh didapati dari sumber kekacang, seperti walnuts, flaxseeds, canola oil, dan telur.

mengambil makanan tambahan minyak ikan juga membantu mengurangkan rintangan insulin, tetapi perlu diambil bersama asid lemak omega-3 daripada diet dan  mengikut jadual ubatan kencing manusia dengan disiplin. kajian menunjukkan bahawa minyak ikan noleh mengurangkan tahap triglyceride dalam pesakit kencing manis jenis 2 (type 2 diabetes mellitus) , yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Walaubagaimanapun, minyak ikan mungkin, dalam sesetengah individu, akan menaikkan kadar low-density lipoprotein (LDL), iaitu kolesterol jahat dalam badan. Individu yang mengambil minyak ikan perlu memeriksa tahap lemak dalam badan (blood lipid level) sekerapnya. Tambahan lagi, minyak ikan boleh menyebabkan penggumpalan darah. Mereka yang mengambil ubat-ubatan anticlotting, yang pernah mendapat penyakit strok pendarahan atau akan menjalani pembedahan perlu mengelakkan mengambil minyak ikan.

Ingin bertanya tentang kebaikan dan kelebihan omega Shaklee?

Whatsapp terus ke no 0134004059 sheeda.


No comments:

Post a Comment