Teringat lagi mase mula-mula mengandung. Tak tau pun mase tu mengandung. Tau pun lepas masuk bilik air and tunduk nak bukak pili air terus gelap mata. Nak pengsan.
Masetu fikir dah eh aku pregnant ke?
Masuk bilik terus mengadu kat husband.
Husband suruh baring dan tinggikan kaki guna bantal. Selang beberapa minit baru okay. Malam tu beli upt (urine pregnancy test) strip. Esok pagi subuh test.
Double red lines!
Beritau husband, die buat xtau je. Lepas-lepastu baru call kata dia happy.
Slow betol respond. Haha.
Pitam tu kira salah satu tanda kurang tekanan darah la.
Tahu tak punca-punca tekanan darah rendah disebabkan oleh peredaran darah yang makin berkembang dan juga perubahan hormon ketika mengandung?
Kedua-dua faktor ni akan menyebabkan saluran darah mengembang. Kebiasaannya minggu-minggu yang pertama iaitu 24 minggu pertama tekanan darah rendah bermula. Kemudian, pada trimester kedua paling rendah.
Jadi, jaga-jaga!
Apa punca-punca lain selain daripada perubahan tubuh itu sendiri yang menyebabkan tekanan darah rendah?
- Kurang air dalam badan. (Dihidrasi).
- Kurang haemobglobin dalam sel darah merah. (Anaemia).
- Pendarahan dalaman.
- Baring terlalu lama.
- Ubat-ubatan.
- Penyakit seperti jantung dan endocrine.
- Jangkitan.
- Kurang nutrisi.
- Alahan.
- Kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy).
Tekanan darah yang normal adalah 120mmHg per 80mmHg. Tekanan darah rendah adalah apabila kurang (<) 90mmHg per kurang (<) 60mmHg.
Berbahayakah? Jika kesihatan dijaga tidak membawa apa-apa bahaya. Tetapi apabila tekanan darah jatuh terlampau rendah akan menyebabkan :
- pitam
- kerosakan organ
- Shock
- Keguguran bayi
- Kurang berat badan bayi
- Pening kepala
- Rasa pandangan berpusing, lebih-lebih lagi bangun selepas duduk atau baring
- Pitam
- Mual
- Keletihan
- Pandangan kabur
- Kehausan tidak seperti kebiasaan
- Rasa berpeluh, kulit pucat dan sejuk
- Pernafasan laju
- Kurang daya tumpuan
Jikalau ada tanda-tanda ini, boleh buat perkara-perkara seperti di bawah:
- Elakkan daripada bangun tiba-tiba dari posisi duduk atau baring.
- Bangun dengan perlahan-lahan.
- Elakkan dari berdiri terlalu lama.
- Makan dalam kuantiti kecil dan kerap dalam sehari.
- Minum air dengan banyak.
- Pakai pakaian yang longgar dan nipis, sesuai dengan cuaca panas negara kita.
- Elakkan mandi dengan air panas.
Ini adalah untuk mengelakkan ibu-ibu hamil dari mengalami tanda-tanda tekanan darah rendah yang seterusnya, jika tidak berhati-hati, akan menyebabkan akibat yang tidak diingini seperti bayi pramatang.
Set hamil Shaklee adalah set makanan tambahan yang terbaik untul beratus tahunnya.
Boleh whatsapp saya Sheeda di 013-4004059 untuk maklumat lebih lanjut.
Saya pengedar Shaklee yang aktif..












No comments:
Post a Comment