Tuesday, 12 September 2017

Adakah normal untuk mengalami masalah keletihan badan, walaupun setelah habis berpantang? Ya, ia adalah masalah biasa lagi-lagi ibu tidak mendapat cukup rehat ketika berpantang. Keletihan badan selepas kelahiran boleh berlanjutan berbulan lamanya malah bertahun. Perkara ini berpunca daripada pertarungan fizikal yang hebat ketika proses kelahiran yang normal. Jikalau para ibu melahirkan secara c-section, tubuh badan perlu pulih daripada pembedahan abdomen yang major. Dalam pada yang sama, para ibu perlu memberi perhatian kepada bayi yang baru dilahirkan sepanjang masa. Oleh itu, waktu tidur terganggu dan berkurangan. Berapa lama anda berasa keletihan juga bergantung kepada : 1. Selama mana anak anda tidur dengan nyenyak. 2. Bagaimana anda boleh ikut waktu tidur anak. 3. Banyaknya sokongan yang ada di rumah untuk membantu dalam penjagaan bayi yang baru lahir. 4. Bebanan kerja rumah atau kerja di pejabat yang dibawa balik ke rumah. APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MENGURUSKAN KELESUAN SELEPAS KELAHIRAN ? Perhatian utama para ibu adalah jimat tenaga bekerja (di rumah atau di pejabat), bayin dan anak-anak yang lain. Ini bermakna, turunkan sedikit (atau banyak) tahap kesempurnaan para ibu dalam menyempurnakan tugasan rumah, seperti mengemas. Dengan cara begini, para ibu boleh menjimat tenaga untum sebahagian tugas supaya dapat menumpukan tenaga kepada tanggungjawab penting yang lain pula iaitu semestinya anak-anak. Di bawah adalah antara strategi untuk menguruskan kelesuan : 1. Dapatkan rehat secukupnya jika ada peluang. Cuna untuk dapatkan tidur awal setuap malam selepas menguruskan bayi dan anak-anak lain. Atau bergilir-gilir menjaga bayi dengan pasangan. Pasangan mungkin boleh mengambil tugas menjaga bayi pada awal waktu malam. Dengan ini para ibu boleh masuk tidur awal untuk mendapat rehat yang berkualiti selepas seharian bekerja atau berpenat menjaga bayi. 2. Tidur sebentar semasa bayi tidur siang. Atau sekurang-kurangnya tinggikan kaki dan pejamkan mata. Jika ibu menyusukan bayi dengan susu badan, baringlah dengan mengiring supaya dapat merehatkan badan. 3. Minta bantuan ahli keluarga, rakan-rakan atau jiran tetangga untuk melakukan kerj-kerja rumah seperti memasak, menjaga anak-anak lain, atau menjaga bayi ketika anda berehat atau tidur. And boleh memanggil bidan yang memberi khidmat stay-in untuk menjaga bayi. 4. Para ibu tidak perlu ragu-ragu untuk menolak lawatan para tetamu kerana ingin berehat. Atau biar sahaja ahli keluarga melayan para tetamu sementara ibu mendapatkan rehat yang secukupnya tanpa gangguan. Ambil peluang untuk rehat dalam apa situasi pun, walaupun menerima kunjungan tetamu atau terpkasa menolak kunjungan mereka. Pastikan bayi tidak dibawa berjumpa tetamu kerana faktor penjagaan kesihatan. 5. Usah tinggalkan waktu makan fan pastikan makan makanan yang berkhasiat. Makanan yang seimbang dan berkhasiat memberit tenaga yang berterusan. Ambil banyak sumber makanan yang tinggi karbohidrat dan protin. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusu. Jangan bergantung kepada air berkaffein tinggi, makanan segera dan makanan manis untuk dapatkan tenaga segera. 6. Minum banyak air dan kerap. Adalah menjadi satu larangan dalam komuniti orang Melayu untuk minum banyak air semasa berpantang. Sebenarnya air sangat penting untik menggantikan air yang hilang selepas proses kelahiran, menyusu dan aktiviti yang berpanas seperti bertungku dan bertangas. 7. Lakukan senaman semasa atau selepas berpantang. Semasa berpantang, para ibu perlu bergerak tetapi dengan pergerakan yang terbatas. Ini penting supaya pengaliran darah dalam tubuh badan berjalan dengan lancar untuk membaiki sel-sel yang rosak selepas kelahiran. Selepas berpantang, bawa bayi berjalan-jalan mengambil udara pagi atau petang. Udara segar di luar rumah dan aktiviti fizikal ini memberi manfaat untuk kualiti tidur yang lebih baik pada waktu malam. Mulakan dengan jarak berjalan yang pendek dahulu. Apabila ibu sudah semakin pulih dan cergas, tambah jarak berjalan dan aktiviti senaman dengan perlahan-lahan. 8. Ambil makanan tambahan iaitu vitamin lebih-lebih lagi jika para ibu menyusu. Ini adalah penting supaya para ibu dan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi untuk proses pemulihan tubuh badan selepas kelahiran dan perkembangan bayi yang sihat. IBU PERLU RUJUK PAKAR KESIHATAN BILAMANA... Ibu hilang minat dalam melakukan perkara yang menarik minatnya sebelum itu --- berkemungkinan anda mengalami kemurungan selepas bersalin. Mengabaikan tanda-tanda kemurungan selepas bersalin boleh membuatkan penyakit tersebut lebih teruk malah membahayakan nyawa bayi dan ibu tersebut. Anemia disebabkan kehilangan banyak darah ketika kelahiran juga boleh membawa kepada kelesuan. BERPANTANG DENGAN SET SHAKLEE

Monday, 11 September 2017

Kentut faraj adalah pengeluaran udara yang terperangkap dalam kemaluan wanita. Ia sama seperti kentut dubur, tetapi kentut faraj tidak berbau. Ia mungkin terjadi semasa atau selepas hubungan keintiman, regangan badan atau bersenam. Wanita hamil dan putus haid dilaporkan mengalami kentut faraj yang lebih kerap. Selepas melahirkan anak, otot lantai pelvis menjadi lemah yang boleh menyebabkan terjadinya kentut faraj. Otot lantai pelvis yang lemah boleh menyebabkan tombong atau terkeluarnya sebahagian dalam faraj. CARA MENGHENTIKAN ATAU MENGELAK KENTUT FARAJ. Sebahagian pakar menyusulkan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis. Cara membuat senaman kegel adalah dengan mengemut otot-otot yang terlibat dalam menghentikan pengeluaran air kencing. Kemut selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulang kitaran senaman ini sebanyak 3 set. Lakukan 3 kali sehari. MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS DENGAN ALFALFA Alfalfa terbukti berkesan seperti kacip fatimah. Ia berfungsi sebagai perapat organ intim wanita. Mengandungi estrogen tumbuhan yang dikenali sebagai isoflavin. Pengambilan alfalfa boleh meningkatkan hormon kewanitaan iaitu estrogen.

Sunday, 10 September 2017

Sembelit ialah masalah biasa dalam proses kehamilan. Setengah daripada wanita hamil akan mengalami masalah sembelit. Salah satu sebab mengapa sembelit terjadi adalah disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron. Hormon progesteron berfungsi untuk mengendurkan otot-otot licin, termasuklah otot percernaan. Apabila hormon progesteron meningkat, ini menyebabkan proses makanan yang melalui saluran pencernaan lebih lambat. Masalah sembelit yang disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron ini ditambah lagi dengan pertambahan tekanan oleh rahim yang membesar. Pengambilan zat besi yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah sembelit lebih teruk. APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN MASALAH SEMBELIT KETIKA KEHAMILAN? Antara cara untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah sembelit adalah seperti berikut : 1. Makan makanan yang berserat tinggi, termasuklah biji-bijiam dan roti, beras perang, kacang, dan buah-buahan segar. Ia mungkin memerlukan beberapa hari sebelum mendapat kesannya. 2. Minum banyak air dan kerap dalam sehari. Minum 2L air kosong sehari. Atau, minum air kosong kerap sepanjang hari dan lihat perubahan warna air kencing dari kekuningan ke warna jernih. Warna air kencing adalah tanda air dalam badan cukup. 3. Minum jus buah-buahan setiap hari sangat membantu. 4. Sesetengah ibu hamil mendapati minum air suam sejurus selepas bangun tidur pada waktu pagi membantu melancarkan sistem pembuangan. 5. Bersenam dengan kerap. Aktiviti seperti berjalan laju dan berenang dapat mengurangkan masalah sembelit. Aktiviti bersukan juga membuatkan ibu hamil lebih rasa sihat dan cergas. 6. Hormati badan anda. Sistem pencernaan kebiasaannya menjadi lebih aktif selepas anda makan. Oleh itu,usah bertangguh untik ke tandas pada saat badan memerlukannya. 7. Tukar kepada makanan tambahan. Jika makanan tambahan anda yang dicadangkan ketika kehamilan mengandungi dos zat besi yang tinggi, ditambah pula anda tidak mengalami anemia, sila rujuk pakar kesihatan anda untuk menukarkan makanan tambahan anda kepada yang kirang dos zat besinya. 8. Alternatif yang terakhir adalah berbincang dengan pakar kesihatan anda tentang pengambilan makanan tambahan yang tinggi serat ataupun ubat pelawas yang boleh dibeli farmasi. ADAKAH MASALAH SEMBELIT SEWAKTU KEHAMILAN BOLEH MENJADI BURUK? Kebiasaannya tidak. Walaubagaimanapun, apabila meneran terlalu kuat semasa membuang air besar yang keras boleh menyebabkan buasir atau memburukkan masalh buasir yang sedia ada. Buasir adalah satu keadaan yang sangat tidak selesa, walaupun tidak membawa kepada kesa yang serius. Selalunya buasir akan berkurangan selepas melahirka bayi. Namun, jika ia berlarutan disertai kesakitan atau menghadapi masalah pendarahan di lubang dubur, sila rujuk kepada doktor untuk rawatan lebih lanjut.

Friday, 8 September 2017

Hb low adalah dipanggil sebagai anaemia. Semasa kehamilan, anda mungkin mengalami anaemia. Apabila anda mengalami anaemia, darah yang kekurangan sel daeah merah tidak boleh membawa oksigen serta nutrisi lain ke tisu badan dan bayi kandungan anda. Semasa kehamilan, tubuh badan menghasilkan lebih darah untuk membantu perkembangan bayi anda. Jika ibu hamil tidak mendapat cukup zat besi atau nutrisi lain, tubuh badan ibu mungkin tidak dapat menghasilkan sel sarah merah yang secukupnya sewaktu kehamilan. Ia adalah kebiasaan untuk mengalami anaemia yang 'mild' semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, anda mungkin mengalami anaemia yang teruk jika tidak mendapat bekalan zat besi dan vitamin atau atas faktor-faktor lain yang tertentu. Anemia akan menyebabkan ibu hamil mengalami keletihan dan lemah -lemah badan. Jika anaemia yang dialami sangat teruk akan menyebabkan risiko kepada komplikasi serius kepada kandungan seperti kelahiran tidak cukup bulan. ANAEMIA DAN KEHAMILAN Semua wanita mengandung adalah berisiko jntuk mendapst anemia ketika kehamilan. Ini adalah kerana mereka memerlukan lebih zat besi dan asid folik lebih dsri kebiasaa. Tetapi risiko adalah lebih tinggi apabila : Mengandung kembar. Jarak kehamilan sebelumnya dekat. Muntah banyak disebabkan alahan mengandung (morning sickness). Kehamilan pada umur remaja. Tidak mengambil makaman yang tinggi zat besi. Mengalami anaemia sebelum kehamilan. TANDA-TANDA ANAEMIA Kulit, bibir dan kuku kelihatan pucat. Keletihan dan lemah badan. Pening kepala. Sesak nafas. Jantung berdegup laju. Kuranf tumpuan. Pada awal anaemia, ibu hamil mjngkin tidak mengalami tanda-tanda seperti ysng dinyatakan. Kemungkinan juga tanda-tanda yang dialami adalah kebiasaan yang dialami oleh wanita hamil walaupun ibu hami tersebut tidak mengalami anaemia. Jadi pastikan pergi ke temujanji untuk membuat rutin pemeriksaan darah ketika hamil. RISIKO ANAEMIA TERHADAP KANDUNGAN Anamia disebabkan oleh kekurangan zat besi yang teruk atau tidak dirawat memberi risiko kepada : 1. Kelahiran pramatang atau kelahiran bayinyang tidak cukup berat. 2. Memerlukan rawatan susulan iaitu blood transfusion (jika kehilangan banyak darah ketika proses kelahiran). 3. Depressi selepas kelahiran. 4. Bayi yang juga anaemia. 5. Bayi yang mempunyai perkembangan lewat dari umur kanak-kanak yabg sebaya dengannya. Anaemia disebabkan oleh kekurangan asod folik berisiko kepada : Kelahiran oramatang atau kekurangan berat bayi. Bayi yang mempunyai masalah saraf seperti neutral tube defect. Anaemia disebabkan oleh kekurangan vitamin b12 juga boleh menyebabkan bayi lahir dengan masalah saraf. APAKAH MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK IBU HAMIL? Ambil sekurang-kurangnya 3 kali hidangan yang kaya dengan zay besi seperti : Daving merah Ayam Ikan Sayuran hijau Bijian yang kaya dengan zat besi. Makanan yangnkaya dengan vitamin c akan membantu tubuh badan menyerap zat besi dengan effektif. Makan yang kaya dengan vitamin c termasuklah buah-buahan sitrus seperti : Strawberi Oren Kiwi Tomato Cuba untuk ambil makanan yang kaya dengan zat besi dan vitamic c pada masa yang sama. Sebagai contoh, minum jus oren dan makan bijian yang kaya zat besi sebagai sarapan. Makanam yang kaya dengan asid folat adalah seperti sayuran hijau Buahan sitrus Bijian yang kaya dengan asid folik.
Mengalami kaki kejang semasa mengandung? Sakit dan tiba-tiba kekejangan, selalunya terjadi dalam trimester kedua dan ketiga. What causes leg cramps during pregnancy? Tiada sebab khusus mengapa terjadi. Ada teori mengayakan bahawa ia berkaitan dengan : 1. Tekanan yang diberikan oleh rahim kepada urat. 2. Keletihan. 3. Tekanan yang diberikan oleh bayi pada saluran darah yang menyebabkan kurangnya peredaran darah kepada kaki. Disebabkan faktor-faktor ini,anda mungkin terjaga dari tidur dan mengalami kekejangan kaki yang tiba-tiba, lagi-lagi pada bahagian betis. Ini selalu terjadi pada waktu malam. Serangan ini adalah tidak menyeronokkan. CARA MELEGAKAN KAKI KEJANG KETIKA KEHAMILAN. Antara tipsnyang boleh diamalkan adalah berdiri dengan kaki tanpa sebarang alas atas permukaan keras lantai dan berjengket. Ini meregangkan otot betis dan melegakan kekejangan kaki dengan pantas. Atau, Jika anda tidak boleh berdiri dengan kaki yang sedang mengalami kekejangan, ada cara lain. Don't worry! Cuba luruskan kaki yang mengalami kekejangan dan tekan tapak kaki pada dinding seolah-olah berpijak pada dinding. Tekan. Jika tiada dinding, buat juga seperti itu dan tarik kaki ke arah kita. Jangan luruskan pergelangan kaki keranan kesakitan akan menjadi lebih teruk! Urut otot betis ke arah bawah kaki. Jika masih sakit, tuam betis dengan tuala panas atau 'heating pad' yang boleh dibeli di farmasi. Mengamalkan aktiviti senaman setiap hari juga membantu. BOLEHKAH KITA MENCEGAH KAKI KEJANG SEMASA KEHAMILAN? Untuk mengelak kaki kejang pada waktu malam, tarik tapak kaki ke arah tulang betis dan lepaskan perlahan-lahan setiap kali sebelum masuk tidur. Pakai sarung kaki khas untuk elak kaki kejung. Elakkan dari duduk atau berdiri terlalu lama tanpa rehat. BERAPAKAH JUMLAH KALSIUM YANG DIPERLUKAN WANITA HAMIL? Wanita hamil memerlukan lebih kurang 1200mg hingga 1400mg kalsiun sehari. Jika ditanya kepada doktor tentang kepentingan kalisum pada tubuh badan wanita hamil, doktor akan menyarankan unumtuk mengambil makanan tambhan kalsium. OSTEMATRIX SHAKLEE Ostematrix ini bukan sahaja dikayakan kalsium, malah juga dikayakan dengan magnesium dan vitamin D. Magnesium dan vitamin D membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang badan. MENGAPA CAHAYA MAYAHARI PAGI PENTING? Untuk dapatkan penyerapan vitamin D daripada cahaya matahari pagi. Ini mambantu penyerapan kalsium dari makanan harian kita. APA KELEBIHAN OSTEMATRIX SHAKLEE? Ostematrix shaklee tak mempunyai lemak tambahan. Bayangkan kita minum susu setiap hari dengan lemak yang ada dalam susu. Taknak bukan? PENGEDAR SHAKLEE YANG AKTIF. Saya sheeda. Saya pengedar Shaklee yang aktif. Pernah menjadi seorang pegawai perubatan kemudian berhenti untuk menjadi suri rumah yang bekerjaya di rumah. Ingin follow saya? Whatsapp saya di 0134004059. Atau tekan di link bawah : Www.wasap.com/60134004059.

Thursday, 7 September 2017

APA YANG MENYEBABKAN MUKA BERJERAWAT KETIKA KEHAMILAN ?



Timbul jerawat di kulit wajah pada waktu kehamilan adalah perkara biasa.

Malah seorang daripada dua wanita berpotensi untuk mengalami masalah jerawat ketika kehamilan.

Ada sesetengah wanita hamil yang mengalami masalah jerawat ketika tidak mengandung akan pulih kulit wajahnya apabila hamil.

Menarik bukan?

Jerawat ketika kehamilan disebabkan meningkatnya hormon androgen.

Meningkatnya hormon androgen ini menyebabkan kelenjar peluh menjadi semakin membesar dan menyebabkan kulit wajah berminyak.

Minyak ini dipanggil sebagai sebum.

Ekstra sebum bercampur pula dengan sel kulit mati yang melapisi folikel-folikel rambut mengakibatkan tersumbatnya pori-pori di kulit wajah.

Keadaan ini mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk bakteria-bakteria membiak.

Kulit berjerawat ketika kehamilan boleh jadi sangat minimum, sederhana atau sangat teruk.

Adalah sangat sukar untuk menentukan siapa yang berpotensi untuk mengalami masalah jerawat ketika kehamilan.

PROMOSI PADA BULAN SEPTEMBER 2017!

SUSTAINED RELEASE VITA-C (180 biji sebotol tahan 6 bulan)

1. Antioksidan.

2. Teknologi pertama di dunia dengan pelepasan vitamin c secara berperingkat dalam masa 5jam untuk penyerapan yang maksimum dan kurangkan pembaziran.

3. Dilengkapi 120g bioflavonoid sitrus secara sinergi dengan vitamin c untuk meningkatkan keberkesanan.

Fungsi : Mencantikkan kulit – Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda merawat kulit kusam, mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, merawat jerawat dan menyekat pembentukkan jeragat.

 Membentuk Kolagen – Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Cara makan : 1 biji 2x sehari selepas makan. Tubuh kita hanya boleh serap 100 mg vitamin C dalam sesuatu masa.

 Jadi kalau makan vitamin yang 1,000 mg sekalipun, 100 mg je akan diserap. Yang lebih akan dibuang. 

Setiap biji vita-c shaklee diambil adalah seperti makan setengah biji limau setiap jam iaitu mengambil 500g vitamin c setiap jam.

Hebat bukan?

 Teknologi tinggi tetapi harga jauh murah dari pasaran dan sebotol tahan 6 bulan?

Mana nak dapat vitamin c supplement macam ni? 

Kesihatan kulit anda juga dikawal oleh tahap hormon kulit.

 Bila hormon anda tak stabil, tahap kolagen menurun, kulit jadi lemah dan tak kuat nak lawan sinar uv dan radikal bebas yang merosakkan sel kulit.

 Jadi mudah kena jeragat. Jeragat lama susah nak hilang walaupun guna macam- macam produk. 



ESP Shaklee

 1. Formula protein soya pertama sejak 1961.

 2. Tidak diubahsuai secata genetik (non-GMO).

 3. 9 asid amino. 9 asid amino yang terdapat dalam ESP Shaklee membantu untuk membina kulit, otot malah anggota badan lain dengan cantik.

 Perlu anda ingat, set kulit kita sangat senang rosak atau mati. Cukup dengan hanya terdedah dengan cahaya matahari.

 Tanpa proses penghasilan sel baru yang aktif, maka kulit akan menjadi semakin rosak dan membawa pada keadaan kering, jeragat, pecah, kedut, kusam dan sebagainya.

 Jadi ESP Shaklee berfungsi untuk merangsang penghasilan sel kulit baru, menganjal, mencerah, mengembalikan warna kulit, mengurangkan kedutan dan mempercepatkan penyembuhan luka. 

ESP Shaklee juga tinggi kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi.

 Cara makan : 1.5 sudu besar 2x sehari dicampurkan ke dalam minuman. 

Klik link di bawah untuk cara pemakanan ESP Shaklee :

https://m.youtube.com/watch?v=02FWZN_2_rk

 1. Tiada sebarang additive : Collagen Powder Shaklee adalah 100% tulen, natural dan selamat tanpa stimulasi , tiada bahan pengawet dan pewarna.

 2. Sangat mudah untuk larut dalam air, mudah di bawa dan mudah untuk dimakan.

 3. Molekul tinggi untuk penyerapan yang maksimum. Shaklee Collagen Powder mampumembantu meningkatkan kolagen secara semulajadi dan memperlahankan penghasilan kedutan.


Tuesday, 5 September 2017

Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah Ketika Kehamilan



Teringat lagi mase mula-mula mengandung. Tak tau pun mase tu mengandung. Tau pun lepas masuk bilik air and tunduk nak bukak pili air terus gelap mata. Nak pengsan.

Masetu fikir dah eh aku pregnant ke?

Masuk bilik terus mengadu kat husband.

Husband suruh baring dan tinggikan kaki guna bantal. Selang beberapa minit baru okay. Malam tu beli upt (urine pregnancy test) strip. Esok pagi subuh test.




Double red lines!

Beritau husband, die buat xtau je. Lepas-lepastu baru call kata dia happy.

Slow betol respond. Haha.

Pitam tu kira salah satu tanda kurang tekanan darah la.




Tahu tak punca-punca tekanan darah rendah disebabkan oleh peredaran darah yang makin berkembang dan juga perubahan hormon ketika mengandung?

Kedua-dua faktor ni akan menyebabkan saluran darah mengembang. Kebiasaannya minggu-minggu yang pertama iaitu 24 minggu pertama tekanan darah rendah bermula. Kemudian, pada trimester kedua paling rendah.

Jadi, jaga-jaga!

Apa punca-punca lain selain daripada perubahan tubuh itu sendiri yang menyebabkan tekanan darah rendah?



  1.  Kurang air dalam badan. (Dihidrasi). 
  2.  Kurang haemobglobin dalam sel darah merah. (Anaemia). 
  3.  Pendarahan dalaman. 
  4.  Baring terlalu lama. 
  5.  Ubat-ubatan. 
  6.  Penyakit seperti jantung dan endocrine.
  7.  Jangkitan. 
  8.  Kurang nutrisi. 
  9.  Alahan. 
  10.  Kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy).


Tekanan darah yang normal adalah 120mmHg per 80mmHg. Tekanan darah rendah adalah apabila kurang (<) 90mmHg per kurang (<) 60mmHg. 



Berbahayakah? Jika kesihatan dijaga tidak membawa apa-apa bahaya. Tetapi apabila tekanan darah jatuh terlampau rendah akan menyebabkan : 

  1.  pitam
  2.  kerosakan organ 
  3.  Shock 
  4.  Keguguran bayi 
  5.  Kurang berat badan bayi 



Tanda-tanda kekurangan tekanan darah rendah adalah :

  1. Pening kepala 
  2. Rasa pandangan berpusing, lebih-lebih lagi bangun selepas duduk atau baring 
  3. Pitam 
  4. Mual 
  5. Keletihan 
  6. Pandangan kabur 
  7. Kehausan tidak seperti kebiasaan 
  8. Rasa berpeluh, kulit pucat dan sejuk 
  9. Pernafasan laju 
  10.  Kurang daya tumpuan 

Jikalau ada tanda-tanda ini, boleh buat perkara-perkara seperti di bawah:

  1. Elakkan daripada bangun tiba-tiba dari posisi duduk atau baring. 
  2. Bangun dengan perlahan-lahan. 
  3. Elakkan dari berdiri terlalu lama. 
  4. Makan dalam kuantiti kecil dan kerap dalam sehari. 
  5. Minum air dengan banyak. 
  6. Pakai pakaian yang longgar dan nipis, sesuai dengan cuaca panas negara kita. 
  7. Elakkan mandi dengan air panas.  
Ia adalah idea yang bagus untuk makan makanan yang sihat dan seimbang serta makanan tambahan semasa mengandung.

Ini adalah untuk mengelakkan ibu-ibu hamil dari mengalami tanda-tanda tekanan darah rendah yang seterusnya, jika tidak berhati-hati, akan menyebabkan akibat yang tidak diingini seperti bayi pramatang.









Makanan tambahan adalah tidak asing lagi pada para ibu hamil yang betul-betul inginkan yang terbaik buat cahayamata dalam kandungan mereka.

Set hamil Shaklee adalah set makanan tambahan yang terbaik untul beratus tahunnya.

Boleh whatsapp saya Sheeda di 013-4004059 untuk maklumat lebih lanjut.

Saya pengedar Shaklee yang aktif..

Friday, 18 August 2017

Formula Iron dalam Shaklee

Perbezaan VITA-LEA Iron dalam Shaklee


 


Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min". perkataan vitamin yang disebut kini asalnya daripada Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disrankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.





Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks., disebut sebagai "Ekspoptab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan fengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.



Manfaat Utama:

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral pemting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan sistem produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang membesar.
  • Metabolisma badan - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ _ mmelindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Ingin mengerahui lebih lanjut tentang vita-lea shaklee?

Whatsapp terus ke 0134004059 sheeda.

Perbezaan Soya protein dalam Shaklee dengan produk lain

Perbezaan Soya Protein dalam Shaklee

 


Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasakan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan bertahan lama.



Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak apat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.



Untuk maklumat lebih lanjut tentang kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee boleh whatsapp ke :

013 40040 59 sheeda



B-Complex dalam Shaklee

Perbezaan B-Complex Shaklee




Para saintis Shaklee telaj mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkam keseimbangan  dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekuramgam akam menybebakan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. vitamin b adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknua disimgkirkan melalui sistem pencernaan. oleh itu , adalah samgat [emtimg umtuk kita mengambil vitamiln b complex setiap hari.

shaklee b complex tidak aka menyebabkan jangkitan rosary fungus atau bakteria yis aktif seperti b-complex dari ekstrak beer yeast.

manfaat utama


  • menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat, dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf,ssekaligus ,eredakan sakit kepala. tekanan. kemurungan dan insomnia.
  • membantu tumbesaran - menggalakkkam tumbesaran yang sihat dan normal bagi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan dan tulang belakang.
  • rambut beruban dan gugur - membaiki masalh kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori, dan daya pemerhatian/fokus.
  • mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistinuntuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau mabuk laut.
  • meredakan senggugut - baik untuk masah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambi ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
  • detoksifikasi - meredakan alahan.


bagaimana memilih b-complex yang baik?

  1. mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama). 
  2. harus menganadungi 100% RDA untk asid folik dan biotin.
  3. pastikan jurang peratusa nilai harian B1, B2, B3, B5, B6, B12 tidak terlalu besar.
  4. Elakkan pengambilan B-kompleks yang menawarkan rumusan larut -air ( sustain release)

Ingin mengtahui lebih lanjut tentang b-complex shaklee? 

Whatsapp terus ke no 0134004059 sheeda.

Thursday, 17 August 2017

Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Dalam Pengawalan Gula

Asid Lemak Omega-3

Asid lemak omega-3 merupakan lemak tepu yang dipercayai mempunyai banyak kebaikan dalam kesihatan. Ia mendapat namanya dari struktur molekulnya. Ada tiga (3) jenis asid lemak omega-3 :
  1. Alpha-linolenic acid (LNA) ; yang dijumpai dalam sumber sayur-sayuran.
  2. Eicosapentaenoic acid (EPA) dan
  3. Docosahexaenoic acid (DHA) ; yang dijumpai dari sumber ikan dan hidupan laut yang lain.
Kajian telah menunjukkan dengan mengambil asid lemak omega-3 yang dijumpai dalam ikan laut dalam dan lemak ikan, berupaya untuk melindungi si pemgambil daripada serangan penyakit jantung koronari.

Sebagai contoh, ada kajian menunjukkan bahawa orang Eskimo di Greenland yang banyak mengambil pemakanan dari daging anjing laut dan daging ikan paus mempunyai tahap kolesterol dan triglyceride yang  rendah dalam darah. Mereka juga meppunyai kadar serangan penyakit jantung koronari yang rendah berbanding dengan penduduk di Denmark (yang kurang mengambil makanan dari sumber ikan).

Kajian lain mennunjukkan mereka yang makan ikan sekurang-kurangnya sekali seminggu mempunyai kadar kematian yang rendah akibat serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak memakan ikan langsung dalam seminggu.

Terdapat kebaikan lain daripada pemgambilan asid lemak omega-3 dari sudut kajian saintifik. Hal ini termasuklah :
  • Diet yang kaya dengan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance) dalam pesakit kencing manis.
  • Diet yang kaya dengan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan risiko serangan sakit jantung, strok, macular degerantion dan kanser-kanser yang tertentu.
  • Pengambil pemakanan dari sumber-sumber ikan mempunyai kadar tekanan jiwa yang rendah, dan makanan tambahan omega-3 apabila diambil bersama terapi perubatan yang lazim, dapat menolong dalam mengubati bipolar disorder (juga dikenali sebagai manic depression) dan schizophrenia.
  • Makanan tambahan omega-3 telah dibuktikan dapat membaiki gejala-gejala penyakit keradangan seperti asthma, rheumatoid arthritis, lupus, dan inflammatory bowel disease.
Pakar kesihatan bersetuju bahawa adalah bagus jika seseorang individu, sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai kencing manis, untuk mengambil lebih asid lemak omega-3 dalam diet harian. Sumber yang paling kaya asid lemak omega-3 adalah ikan ikan laut dalam seperti salmon, sardin, makarel dan herring. Asid lemak omega-3 juga boleh didapati dari sumber kekacang, seperti walnuts, flaxseeds, canola oil, dan telur.

mengambil makanan tambahan minyak ikan juga membantu mengurangkan rintangan insulin, tetapi perlu diambil bersama asid lemak omega-3 daripada diet dan  mengikut jadual ubatan kencing manusia dengan disiplin. kajian menunjukkan bahawa minyak ikan noleh mengurangkan tahap triglyceride dalam pesakit kencing manis jenis 2 (type 2 diabetes mellitus) , yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Walaubagaimanapun, minyak ikan mungkin, dalam sesetengah individu, akan menaikkan kadar low-density lipoprotein (LDL), iaitu kolesterol jahat dalam badan. Individu yang mengambil minyak ikan perlu memeriksa tahap lemak dalam badan (blood lipid level) sekerapnya. Tambahan lagi, minyak ikan boleh menyebabkan penggumpalan darah. Mereka yang mengambil ubat-ubatan anticlotting, yang pernah mendapat penyakit strok pendarahan atau akan menjalani pembedahan perlu mengelakkan mengambil minyak ikan.

Ingin bertanya tentang kebaikan dan kelebihan omega Shaklee?

Whatsapp terus ke no 0134004059 sheeda.


Wednesday, 16 August 2017

Memahami Tentang Ekzema Bayi dan Kanak-kanak


 

 Apakah itu Ekzema?


Ekzema adalah keadaan di mana kulit menjadi kemerahan, gatal, kekeringan dan kadang-kadang menjadi berkeruping disebabkan oleh kulit yang merengsa.

Apakah Kekerapan Untuk Bayi Mengalaminya?

Sekitar 15% kanak-kanak mendapat Ekzema.

Adakah Ekzema Penyakit Berjangkit?  

Ekzema bukan penyakit berjangkit. Jadi tak perlu risau untuk membawa mereka keluar berjumpa kanak-kanak lain.

Kenapa Anak saya mendapat Ekzema?

Punca sebenar ekzema adalah tidak diketahui. Para pengkaji mendapati kanak-kanak yang dihidapi ekzema adalah disebabkan kombinasi gen dan pengaruh sekeliling.apabila faktor luaran yang 'turn on' sistem imun badan, sel-sel badan tidak akan berfungsi seperti yang sepatutnya dan kemudian menyebabkan keradangan kulit. Kanak-kanak yang ada sejarah keluarga yang pernah dihidapi atopic dermatitis, asthma, atau hay fever (ketiga-tiga ini dikenali sebagai atopic triad), kadarnya untuk mendapat penyakit atopic dermatitis adalah lebih tinggi.

Adakah Ekzema berlainan Untuk Bayi atau Kanak-kanak Berbanding Dengan Kanak-kanak yang lebih berumur?

Ekzema mempunyai ciri-ciri yang berlainan untuk bayi dan kanak-kanak berbanding kanak-kanak yang lebih berumur. Lokasi dan ciri-cirinya berbeza apabila kanak-kanak meningkat umur.

Bayi (6 Bulan Pertama)

 

Ekzema selalunya berada di kawasan muka iaitu di pipi, dagu, dahi dan kulit kepala. ia juga boleh merebak ke kawasan badan yang lain, tetapi bukan di kawasan lampin, di mana kelembapan melindungi kulit. Pada peringkat ini, kulit lebih kelihatan sangat merah dan lembap.

Bayi (6-12 Bulan)

Pada peringkat ini, ekzema selalu dihidapi di bahagian siku dan lutut, iaitu di kawan yang senang tergesel apabila mereka meniarap dan merangkak. Apabila ekzema dijangkiti, ia menjadi kuning berkeruping, atau menjadi bonjolon-bonjolan kecil yang bernanah.


Kanak-kanak (2-5 tahun)



Pada usia ini ekzema berada di kawasan muka kanak-kanak. Ia kelihatan seperti bonjolan-bonjolan kecil yang kemerah-merahan. Pada sekitar umur 2 tahun, ekzema lebih kepada kawasan lipatan belakang siku, lutut ; atau di tangan, pergelangan tangan  dan juga pergelangan kaki. Ia juga boleh berada di kawan sekitar mulut dan sekitar kelopak mata. Kulit akan kelihatan kering dan berkeruping dan menjadi lebih tebal serta berlipat berbanding kulit yang sihat di kawasan badan yang lain - dipanggil sebagai lichenification.


Children (5 tahun ke atas)

 

Ekzema selalunya di kawasan pelipatan belakang siku dan/atau belakang lutut. Kadang-kadang hanya di tangan kanak-kanak sahaja. Kemerah-merahan dan kegatalan serta berkeruping di belakang telinga, kaki dan kulit kepala juga mungkin adalah gejala ekzema. Tetapi ini mungkin juga tanda-tanda untuk keadaan lain seperti seborrheic dermatitis, di mana boleh berlaku bersama-sama dengan ekzema.

Tiada Rawatan Untuk Ekzema

Ya, tiada rawatan khusus untuk ekzema. Tetapi ekzema akan beransur kurang mengikut peningkatan usia kanak-kanak.

Ada beberapa cara boleh menghilangkan gejala-gejalanya. Ada yang boleh dibeli sendiri di farmasi, rujukan doktor untuk mendapatkan ubat krim, phototherapy dan immunosuppressants. Untuk kebanyakan ekzema, kita perlu tahu asas-asas pengendaliannya :
  • Ketahui apa-apa faktor khusus yang menyebabkan tercetusnya ekzema dan elakkannya.
  • Mengamalkan set penjagaan kulit yang khas untuk melindungi kelembapan kulit.
  • Menggunakan ubat seperti yang disarankan doktor untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Ekzema, lagi-lagi atopic dermatitis (AD), mungkin akan kelihatan berbeza apabila kanak-kanak meningkat umur. Sangat penting untuk mengetahui jenis ekzema yang mereka ada, tanda-tandanya dan faktor-faktor yang mencetuskan ekzema tersebut supaya kita lebih faham dalam bagaimana untuk merawati ekzema tertentu apabila ia berubah mengikut peredaran umur. Cara yang terbaik adalah semestinya merujuk kepada doktor.

Ingin bertanya tentang set Shaklee yang memulihkan ekzema bayi?

Whatapp terus ke 0134004049 sheeda.


Tuesday, 15 August 2017

Bahaya Produk Pencerahan Kulit 

Sedang memerhatikan gelagat prince and princess mengoyak-ngoyak kertas surat khabar, (harap Tok Pa mereka tak mengurut dada menahan sabar HAHA), Sheeda terpandang tajuk di bahagian Forum. "Bahaya Pelajar IPT guna Produk Kecantikan Pencerah Kulit" bertarikh 4 Ogos 2017, Jumaat. Boleh buka di Utusan Online, http://www.utusan.com.my/.


Artikel ini dikarang oleh seorang doktor dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjalankan kajian bersama rakan akademiknya ke atas 196 pelajar wanita di institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang yang berumur antara 20 hingga 30 tahun.

Apa yang menarik perhatian Sheeda adalah salah satu fakta tentang sejarah penggunaan kosmetik, di mana keghairahan untuk mendapatkan kulit putih dan cantik telah bermula di zaman purba lagi. Ratu Mesir sendiri, Cleopatra dikhabarkan turut menggunakan merkuri untuk mencerahkan kulitnya. Huhhh??

Teruskan membaca ya. Sebab apa? Sebab Sheeda nak ulas betapa obsesnya pelajar-pelajar wanita kita dalam mendapatkan kulit yang cerah sepertimana yang diiklankan di media-media masa walaupun hasilnya mendukacitakan malah memudaratkan kesihatan.

Sebahagian besar (68.4%) daripada responden mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan keberkesanan produk penjgaan kulit yang mereka gunakan, malah ada yang mengalami kesan sampingan pada kulit (26.6%).

Kenapa mereka inginkan sangat kulit yang cantik, cerah dan gebu? Majoriti respoden mengatakan kulit yang cerah
--> dapat meningkatkan keyakinan diri.
--> adalah lebih cantik di mata golongan lelaki berbanding memiliki kulit yang gelap.
--> tegolong dalam kelas sosial yang tinggi.
--> meningkatkan peluang untuk berkahwin.
--> membantu mereka mendapatkan kerja yang baik.

Hmm.. jadi no wonder lah para wanita kita terlalu mengejar kesempurnaan kulit. =/ Ini semua adalah pengaruh rakan-rakan, testimoni para pengguna di media sosial, pengiklanan di media massa. Jenama dan bahan-bahan yang terkandung dalam produk juga menarik perhatian responden untuk mendapatan kulit yang diimpikan.

Majoriti responden (77.3%) menyatakan masalah kulit yang mereka hadapi adalah berpunca daripada produk pemutih yang mereka gunakan. Hanya minoriti (27.9%) yang merujuk penyakit kulit mereka kepada doktor. Antara masalah kulit yang mereka hadapi ialah
--> kulit mnggelupas,
--> maslah kegatalan kulit,
--> jerawat.

Hah! Sheeda sendiri pernah guna beberapa produk di pasaran dan lepastuuu... Habis kulit Sheeda dilawati oleh jururawat-jururawat (jerawat..HEHEH) yang tak berkelayakan dan tak dialu-alukan pon. HUH! Yelah, Sheeda pon seorang wanita maaa~ Fitrah lah nak cantik dan sentiasa tak bersyukur kan.. HAHA =P

Lebih mengejutkan, sebanyak 87.8% (sangat tinggi tu peratusan tu! FUH!) wanita muda ini sedar bahawa produk mencerahkan kulit ni boleh memberi kesan kepada ksihatan malah tahu tentang kewujudan bahn-bahan berbahaya seperti merkuri dan hydroquinone. Jadi, kenapa mereka masih meneruskan penggunaan produk pencerahan kulit ni? Tepuk dada, tanya nafsu. =P

Lepastu kan, Dr. Sharifah dan rakan akademik beliau, Cik/Puan Siti Zulaikha telah mendapatkan 33 sampel produk pencerahan kulit dari produk tempatan dan produk antarabangsa. Terdapat beberapa jenis logam berat telah ditemui. Walaupun dalam julat yang kecil, tapi ikut peribahasa ini la, "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Kemudaratannya akan datang dalam jangka masa panjang.

Apa contoh logam berat tersebut? Nikel, kadmium, plumbum dan merkuri. jom kita tengok apa kesannya pada tubuh untuk setiap elemen tersebut :
--> nikel : alergi kulit,
--> kadmium : agen kanser [diklasifikasikan oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC)]
--> pumbum : memudaratkan sistem saraf, kardiovaskular (jantung dan saluran darah), sistem imun badan, tulang, buah pinggang dan gigi.
--> merkuri : boleh rujuk di blog Dr. Zubaidi. Tekan link di bawah =)

http://drzubaidi.com/blog/bahan-merkuri-dalam-produk-kosmetik/

Bagaimana logam-logam berat ini boleh memberi kesan pada kesihatan dalam jangka masa panjang? Logam-logam berat ini mempunyai keupayaan untuk berkumpul dalam sel-sel lemak, rambut, kelenjar dan tulang. That is why laa kena ban produk-produk yang ada elemen-elemen ini dari sekarang.. Nak sihat ke nak sakit?

Kesimpulannya, kita tak perlu sakit untuk cantik. Mungkin produk yang kita guna tu kesan dia seawal 3 hari, atau seminggu (walhal menurut kajian dah terang-terang ramai menyatakan tak memberi kesan yang diimpikan pun), tapi kena ada sifat was-was bagaimana produk tersebut boleh menjamin kesan sepantas itu? Kita nak uji kejujuran founder dan bahan-bahan yang digunakan pon tak boleh. Bukannya kita ada laboratory sendiri pun kat belakang rumah macam dalam movie 'Back to The Future' tu. =P

Sheeda nak war-warkan kejujuran, keaslian dan keberkesanan Shaklee. Serius, Sheeda pernah guna produk Shaklee dan Sheeda dapat menikmati hasilnya. Jangan tunggu lagi. Hubungi Sheeda sekarang!
Whatsapp ‘Kulit Cantik‘ ke nombor 0134004059 ( Sheeda ).

Pengedar Shaklee Kangar

Pengenalan Diri

Saya Sheeda. Sheeda adalah Pengedar Shaklee Kangar. Nombor telefon Sheeda, 0134004059.

Servis Terbaik

Sheeda menawarkan servis menghantar produk-produk Shaklee sendiri (COD) mahupun pos ke seluruh Malaysia.
Bukan itu sahaja, Sheeda juga akan mengajar cara pengambilan dan memantau dari semasa ke semasa perkembangan pelanggan-pelanggan Sheeda untuk hasil yang terbaik dan diingini.

Apa kelebihan Shaklee?

Anda tidak perlu berbelanja wang yang lebih untuk mendapatkan supplement yang bergred tinggi. Harga Shaklee lebih murah berbanding produk-produk bergred tinggi lain di pasaran. Satu (1) produk tahan berbulan-bulan. Tidak percaya? Banding sendiri!
Tak pun, mari whatsapp Sheeda di nombor 0134004059. Kan Sheeda dah kata, Sheeda akan memberi konsultansi yang terbaik punya!

Pengalaman Sheeda

Sheeda pernah mengambil Alfalfa untuk penyusuan. Hasilnya, Sheeda sangat-sangat berpuas hati!

Lebih Untung Bila Menjadi Ahli!

Anda berpeluang untuk mendapatkan potongan harga Shaklee sebanyak 15-20%! Hanya RM79.50 anda boleh melayakkan diri untuk menikmati harga ahli dan juga menjalankan bisnes Shaklee. Sheeda komited tunjuk ajar caranya.

Jom Consult Dengan Sheeda!

Whatsapp ke 0134004059.
Blog: http://sheedazainal.blogspot.my.