Apakah itu Ekzema?
Ekzema adalah keadaan di mana kulit menjadi kemerahan, gatal, kekeringan dan kadang-kadang menjadi berkeruping disebabkan oleh kulit yang merengsa.
Apakah Kekerapan Untuk Bayi Mengalaminya?
Sekitar 15% kanak-kanak mendapat Ekzema.Adakah Ekzema Penyakit Berjangkit?
Ekzema bukan penyakit berjangkit. Jadi tak perlu risau untuk membawa mereka keluar berjumpa kanak-kanak lain.Kenapa Anak saya mendapat Ekzema?
Punca sebenar ekzema adalah tidak diketahui. Para pengkaji mendapati kanak-kanak yang dihidapi ekzema adalah disebabkan kombinasi gen dan pengaruh sekeliling.apabila faktor luaran yang 'turn on' sistem imun badan, sel-sel badan tidak akan berfungsi seperti yang sepatutnya dan kemudian menyebabkan keradangan kulit. Kanak-kanak yang ada sejarah keluarga yang pernah dihidapi atopic dermatitis, asthma, atau hay fever (ketiga-tiga ini dikenali sebagai atopic triad), kadarnya untuk mendapat penyakit atopic dermatitis adalah lebih tinggi.Adakah Ekzema berlainan Untuk Bayi atau Kanak-kanak Berbanding Dengan Kanak-kanak yang lebih berumur?
Ekzema mempunyai ciri-ciri yang berlainan untuk bayi dan kanak-kanak berbanding kanak-kanak yang lebih berumur. Lokasi dan ciri-cirinya berbeza apabila kanak-kanak meningkat umur.Bayi (6 Bulan Pertama)
Ekzema selalunya berada di kawasan muka iaitu di pipi, dagu, dahi dan kulit kepala. ia juga boleh merebak ke kawasan badan yang lain, tetapi bukan di kawasan lampin, di mana kelembapan melindungi kulit. Pada peringkat ini, kulit lebih kelihatan sangat merah dan lembap.
Bayi (6-12 Bulan)
Kanak-kanak (2-5 tahun)
Children (5 tahun ke atas)
Ekzema selalunya di kawasan pelipatan belakang siku dan/atau belakang lutut. Kadang-kadang hanya di tangan kanak-kanak sahaja. Kemerah-merahan dan kegatalan serta berkeruping di belakang telinga, kaki dan kulit kepala juga mungkin adalah gejala ekzema. Tetapi ini mungkin juga tanda-tanda untuk keadaan lain seperti seborrheic dermatitis, di mana boleh berlaku bersama-sama dengan ekzema.
Tiada Rawatan Untuk Ekzema
Ya, tiada rawatan khusus untuk ekzema. Tetapi ekzema akan beransur kurang mengikut peningkatan usia kanak-kanak.Ada beberapa cara boleh menghilangkan gejala-gejalanya. Ada yang boleh dibeli sendiri di farmasi, rujukan doktor untuk mendapatkan ubat krim, phototherapy dan immunosuppressants. Untuk kebanyakan ekzema, kita perlu tahu asas-asas pengendaliannya :
- Ketahui apa-apa faktor khusus yang menyebabkan tercetusnya ekzema dan elakkannya.
- Mengamalkan set penjagaan kulit yang khas untuk melindungi kelembapan kulit.
- Menggunakan ubat seperti yang disarankan doktor untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Ingin bertanya tentang set Shaklee yang memulihkan ekzema bayi?
Whatapp terus ke 0134004049 sheeda.






No comments:
Post a Comment