Tuesday, 15 August 2017

Bahaya Produk Pencerahan Kulit 

Sedang memerhatikan gelagat prince and princess mengoyak-ngoyak kertas surat khabar, (harap Tok Pa mereka tak mengurut dada menahan sabar HAHA), Sheeda terpandang tajuk di bahagian Forum. "Bahaya Pelajar IPT guna Produk Kecantikan Pencerah Kulit" bertarikh 4 Ogos 2017, Jumaat. Boleh buka di Utusan Online, http://www.utusan.com.my/.


Artikel ini dikarang oleh seorang doktor dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjalankan kajian bersama rakan akademiknya ke atas 196 pelajar wanita di institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang yang berumur antara 20 hingga 30 tahun.

Apa yang menarik perhatian Sheeda adalah salah satu fakta tentang sejarah penggunaan kosmetik, di mana keghairahan untuk mendapatkan kulit putih dan cantik telah bermula di zaman purba lagi. Ratu Mesir sendiri, Cleopatra dikhabarkan turut menggunakan merkuri untuk mencerahkan kulitnya. Huhhh??

Teruskan membaca ya. Sebab apa? Sebab Sheeda nak ulas betapa obsesnya pelajar-pelajar wanita kita dalam mendapatkan kulit yang cerah sepertimana yang diiklankan di media-media masa walaupun hasilnya mendukacitakan malah memudaratkan kesihatan.

Sebahagian besar (68.4%) daripada responden mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan keberkesanan produk penjgaan kulit yang mereka gunakan, malah ada yang mengalami kesan sampingan pada kulit (26.6%).

Kenapa mereka inginkan sangat kulit yang cantik, cerah dan gebu? Majoriti respoden mengatakan kulit yang cerah
--> dapat meningkatkan keyakinan diri.
--> adalah lebih cantik di mata golongan lelaki berbanding memiliki kulit yang gelap.
--> tegolong dalam kelas sosial yang tinggi.
--> meningkatkan peluang untuk berkahwin.
--> membantu mereka mendapatkan kerja yang baik.

Hmm.. jadi no wonder lah para wanita kita terlalu mengejar kesempurnaan kulit. =/ Ini semua adalah pengaruh rakan-rakan, testimoni para pengguna di media sosial, pengiklanan di media massa. Jenama dan bahan-bahan yang terkandung dalam produk juga menarik perhatian responden untuk mendapatan kulit yang diimpikan.

Majoriti responden (77.3%) menyatakan masalah kulit yang mereka hadapi adalah berpunca daripada produk pemutih yang mereka gunakan. Hanya minoriti (27.9%) yang merujuk penyakit kulit mereka kepada doktor. Antara masalah kulit yang mereka hadapi ialah
--> kulit mnggelupas,
--> maslah kegatalan kulit,
--> jerawat.

Hah! Sheeda sendiri pernah guna beberapa produk di pasaran dan lepastuuu... Habis kulit Sheeda dilawati oleh jururawat-jururawat (jerawat..HEHEH) yang tak berkelayakan dan tak dialu-alukan pon. HUH! Yelah, Sheeda pon seorang wanita maaa~ Fitrah lah nak cantik dan sentiasa tak bersyukur kan.. HAHA =P

Lebih mengejutkan, sebanyak 87.8% (sangat tinggi tu peratusan tu! FUH!) wanita muda ini sedar bahawa produk mencerahkan kulit ni boleh memberi kesan kepada ksihatan malah tahu tentang kewujudan bahn-bahan berbahaya seperti merkuri dan hydroquinone. Jadi, kenapa mereka masih meneruskan penggunaan produk pencerahan kulit ni? Tepuk dada, tanya nafsu. =P

Lepastu kan, Dr. Sharifah dan rakan akademik beliau, Cik/Puan Siti Zulaikha telah mendapatkan 33 sampel produk pencerahan kulit dari produk tempatan dan produk antarabangsa. Terdapat beberapa jenis logam berat telah ditemui. Walaupun dalam julat yang kecil, tapi ikut peribahasa ini la, "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Kemudaratannya akan datang dalam jangka masa panjang.

Apa contoh logam berat tersebut? Nikel, kadmium, plumbum dan merkuri. jom kita tengok apa kesannya pada tubuh untuk setiap elemen tersebut :
--> nikel : alergi kulit,
--> kadmium : agen kanser [diklasifikasikan oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC)]
--> pumbum : memudaratkan sistem saraf, kardiovaskular (jantung dan saluran darah), sistem imun badan, tulang, buah pinggang dan gigi.
--> merkuri : boleh rujuk di blog Dr. Zubaidi. Tekan link di bawah =)

http://drzubaidi.com/blog/bahan-merkuri-dalam-produk-kosmetik/

Bagaimana logam-logam berat ini boleh memberi kesan pada kesihatan dalam jangka masa panjang? Logam-logam berat ini mempunyai keupayaan untuk berkumpul dalam sel-sel lemak, rambut, kelenjar dan tulang. That is why laa kena ban produk-produk yang ada elemen-elemen ini dari sekarang.. Nak sihat ke nak sakit?

Kesimpulannya, kita tak perlu sakit untuk cantik. Mungkin produk yang kita guna tu kesan dia seawal 3 hari, atau seminggu (walhal menurut kajian dah terang-terang ramai menyatakan tak memberi kesan yang diimpikan pun), tapi kena ada sifat was-was bagaimana produk tersebut boleh menjamin kesan sepantas itu? Kita nak uji kejujuran founder dan bahan-bahan yang digunakan pon tak boleh. Bukannya kita ada laboratory sendiri pun kat belakang rumah macam dalam movie 'Back to The Future' tu. =P

Sheeda nak war-warkan kejujuran, keaslian dan keberkesanan Shaklee. Serius, Sheeda pernah guna produk Shaklee dan Sheeda dapat menikmati hasilnya. Jangan tunggu lagi. Hubungi Sheeda sekarang!
Whatsapp ‘Kulit Cantik‘ ke nombor 0134004059 ( Sheeda ).

1 comment:

  1. Nice sharing sheeda. Banyak kan lagi kupas ye. Suka akak baca.

    ReplyDelete