Tuesday, 12 September 2017
Adakah normal untuk mengalami masalah keletihan badan, walaupun setelah habis berpantang?
Ya, ia adalah masalah biasa lagi-lagi ibu tidak mendapat cukup rehat ketika berpantang.
Keletihan badan selepas kelahiran boleh berlanjutan berbulan lamanya malah bertahun.
Perkara ini berpunca daripada pertarungan fizikal yang hebat ketika proses kelahiran yang normal.
Jikalau para ibu melahirkan secara c-section, tubuh badan perlu pulih daripada pembedahan abdomen yang major.
Dalam pada yang sama, para ibu perlu memberi perhatian kepada bayi yang baru dilahirkan sepanjang masa.
Oleh itu, waktu tidur terganggu dan berkurangan.
Berapa lama anda berasa keletihan juga bergantung kepada :
1. Selama mana anak anda tidur dengan nyenyak.
2. Bagaimana anda boleh ikut waktu tidur anak.
3. Banyaknya sokongan yang ada di rumah untuk membantu dalam penjagaan bayi yang baru lahir.
4. Bebanan kerja rumah atau kerja di pejabat yang dibawa balik ke rumah.
APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MENGURUSKAN KELESUAN SELEPAS KELAHIRAN ?
Perhatian utama para ibu adalah jimat tenaga bekerja (di rumah atau di pejabat), bayin dan anak-anak yang lain.
Ini bermakna, turunkan sedikit (atau banyak) tahap kesempurnaan para ibu dalam menyempurnakan tugasan rumah, seperti mengemas.
Dengan cara begini, para ibu boleh menjimat tenaga untum sebahagian tugas supaya dapat menumpukan tenaga kepada tanggungjawab penting yang lain pula iaitu semestinya anak-anak.
Di bawah adalah antara strategi untuk menguruskan kelesuan :
1. Dapatkan rehat secukupnya jika ada peluang.
Cuna untuk dapatkan tidur awal setuap malam selepas menguruskan bayi dan anak-anak lain.
Atau bergilir-gilir menjaga bayi dengan pasangan.
Pasangan mungkin boleh mengambil tugas menjaga bayi pada awal waktu malam.
Dengan ini para ibu boleh masuk tidur awal untuk mendapat rehat yang berkualiti selepas seharian bekerja atau berpenat menjaga bayi.
2. Tidur sebentar semasa bayi tidur siang.
Atau sekurang-kurangnya tinggikan kaki dan pejamkan mata.
Jika ibu menyusukan bayi dengan susu badan, baringlah dengan mengiring supaya dapat merehatkan badan.
3. Minta bantuan ahli keluarga, rakan-rakan atau jiran tetangga untuk melakukan kerj-kerja rumah seperti memasak, menjaga anak-anak lain, atau menjaga bayi ketika anda berehat atau tidur.
And boleh memanggil bidan yang memberi khidmat stay-in untuk menjaga bayi.
4. Para ibu tidak perlu ragu-ragu untuk menolak lawatan para tetamu kerana ingin berehat.
Atau biar sahaja ahli keluarga melayan para tetamu sementara ibu mendapatkan rehat yang secukupnya tanpa gangguan.
Ambil peluang untuk rehat dalam apa situasi pun, walaupun menerima kunjungan tetamu atau terpkasa menolak kunjungan mereka.
Pastikan bayi tidak dibawa berjumpa tetamu kerana faktor penjagaan kesihatan.
5. Usah tinggalkan waktu makan fan pastikan makan makanan yang berkhasiat.
Makanan yang seimbang dan berkhasiat memberit tenaga yang berterusan.
Ambil banyak sumber makanan yang tinggi karbohidrat dan protin. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusu.
Jangan bergantung kepada air berkaffein tinggi, makanan segera dan makanan manis untuk dapatkan tenaga segera.
6. Minum banyak air dan kerap.
Adalah menjadi satu larangan dalam komuniti orang Melayu untuk minum banyak air semasa berpantang.
Sebenarnya air sangat penting untik menggantikan air yang hilang selepas proses kelahiran, menyusu dan aktiviti yang berpanas seperti bertungku dan bertangas.
7. Lakukan senaman semasa atau selepas berpantang.
Semasa berpantang, para ibu perlu bergerak tetapi dengan pergerakan yang terbatas.
Ini penting supaya pengaliran darah dalam tubuh badan berjalan dengan lancar untuk membaiki sel-sel yang rosak selepas kelahiran.
Selepas berpantang, bawa bayi berjalan-jalan mengambil udara pagi atau petang.
Udara segar di luar rumah dan aktiviti fizikal ini memberi manfaat untuk kualiti tidur yang lebih baik pada waktu malam.
Mulakan dengan jarak berjalan yang pendek dahulu. Apabila ibu sudah semakin pulih dan cergas, tambah jarak berjalan dan aktiviti senaman dengan perlahan-lahan.
8. Ambil makanan tambahan iaitu vitamin lebih-lebih lagi jika para ibu menyusu.
Ini adalah penting supaya para ibu dan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi untuk proses pemulihan tubuh badan selepas kelahiran dan perkembangan bayi yang sihat.
IBU PERLU RUJUK PAKAR KESIHATAN BILAMANA...
Ibu hilang minat dalam melakukan perkara yang menarik minatnya sebelum itu --- berkemungkinan anda mengalami kemurungan selepas bersalin.
Mengabaikan tanda-tanda kemurungan selepas bersalin boleh membuatkan penyakit tersebut lebih teruk malah membahayakan nyawa bayi dan ibu tersebut.
Anemia disebabkan kehilangan banyak darah ketika kelahiran juga boleh membawa kepada kelesuan.
BERPANTANG DENGAN SET SHAKLEE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment