Monday, 11 September 2017

Kentut faraj adalah pengeluaran udara yang terperangkap dalam kemaluan wanita. Ia sama seperti kentut dubur, tetapi kentut faraj tidak berbau. Ia mungkin terjadi semasa atau selepas hubungan keintiman, regangan badan atau bersenam. Wanita hamil dan putus haid dilaporkan mengalami kentut faraj yang lebih kerap. Selepas melahirkan anak, otot lantai pelvis menjadi lemah yang boleh menyebabkan terjadinya kentut faraj. Otot lantai pelvis yang lemah boleh menyebabkan tombong atau terkeluarnya sebahagian dalam faraj. CARA MENGHENTIKAN ATAU MENGELAK KENTUT FARAJ. Sebahagian pakar menyusulkan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis. Cara membuat senaman kegel adalah dengan mengemut otot-otot yang terlibat dalam menghentikan pengeluaran air kencing. Kemut selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulang kitaran senaman ini sebanyak 3 set. Lakukan 3 kali sehari. MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS DENGAN ALFALFA Alfalfa terbukti berkesan seperti kacip fatimah. Ia berfungsi sebagai perapat organ intim wanita. Mengandungi estrogen tumbuhan yang dikenali sebagai isoflavin. Pengambilan alfalfa boleh meningkatkan hormon kewanitaan iaitu estrogen.

No comments:

Post a Comment