Sunday, 10 September 2017
Sembelit ialah masalah biasa dalam proses kehamilan.
Setengah daripada wanita hamil akan mengalami masalah sembelit.
Salah satu sebab mengapa sembelit terjadi adalah disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron.
Hormon progesteron berfungsi untuk mengendurkan otot-otot licin, termasuklah otot percernaan.
Apabila hormon progesteron meningkat, ini menyebabkan proses makanan yang melalui saluran pencernaan lebih lambat.
Masalah sembelit yang disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron ini ditambah lagi dengan pertambahan tekanan oleh rahim yang membesar.
Pengambilan zat besi yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah sembelit lebih teruk.
APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN MASALAH SEMBELIT KETIKA KEHAMILAN?
Antara cara untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah sembelit adalah seperti berikut :
1. Makan makanan yang berserat tinggi, termasuklah biji-bijiam dan roti, beras perang, kacang, dan buah-buahan segar.
Ia mungkin memerlukan beberapa hari sebelum mendapat kesannya.
2. Minum banyak air dan kerap dalam sehari.
Minum 2L air kosong sehari.
Atau, minum air kosong kerap sepanjang hari dan lihat perubahan warna air kencing dari kekuningan ke warna jernih.
Warna air kencing adalah tanda air dalam badan cukup.
3. Minum jus buah-buahan setiap hari sangat membantu.
4. Sesetengah ibu hamil mendapati minum air suam sejurus selepas bangun tidur pada waktu pagi membantu melancarkan sistem pembuangan.
5. Bersenam dengan kerap.
Aktiviti seperti berjalan laju dan berenang dapat mengurangkan masalah sembelit.
Aktiviti bersukan juga membuatkan ibu hamil lebih rasa sihat dan cergas.
6. Hormati badan anda.
Sistem pencernaan kebiasaannya menjadi lebih aktif selepas anda makan.
Oleh itu,usah bertangguh untik ke tandas pada saat badan memerlukannya.
7. Tukar kepada makanan tambahan.
Jika makanan tambahan anda yang dicadangkan ketika kehamilan mengandungi dos zat besi yang tinggi, ditambah pula anda tidak mengalami anemia, sila rujuk pakar kesihatan anda untuk menukarkan makanan tambahan anda kepada yang kirang dos zat besinya.
8. Alternatif yang terakhir adalah berbincang dengan pakar kesihatan anda tentang pengambilan makanan tambahan yang tinggi serat ataupun ubat pelawas yang boleh dibeli farmasi.
ADAKAH MASALAH SEMBELIT SEWAKTU KEHAMILAN BOLEH MENJADI BURUK?
Kebiasaannya tidak.
Walaubagaimanapun, apabila meneran terlalu kuat semasa membuang air besar yang keras boleh menyebabkan buasir atau memburukkan masalh buasir yang sedia ada.
Buasir adalah satu keadaan yang sangat tidak selesa, walaupun tidak membawa kepada kesa yang serius.
Selalunya buasir akan berkurangan selepas melahirka bayi.
Namun, jika ia berlarutan disertai kesakitan atau menghadapi masalah pendarahan di lubang dubur, sila rujuk kepada doktor untuk rawatan lebih lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment